Tuesday, January 29, 2008

Friday, January 25, 2008

Jangan Tangisi Apa Yang Bukan Milikmu

petikan daripada emel yg diterima..cukup dalam makne nye..cukup terkesan di hati...

DALAM meniti liku-liku kehidupan ini, kita seringkali berasa kecewa.
Kecewa kerana sesuatu yang terlepas dari genggaman tangan, keinginan yang tidak kesampaian, kenyataan yang tidak dapat diterima.. dan akhirnya ia mengakibatkan sesuatu yang mengganggu jiwa dan perasaan.
Hidup ini ibarat sebuah belantara.
Tempat kita mengejar segala keinginan dan sememangnya manusia diciptakanNya mempunyai kehendak dan keinginan.
Namun, tidak semua yang kita inginkan akan tercapai, tidak setiap yang kita idamkan mampu menjadi realiti.
Dan, bukan sesuatu yang mudah untuk menyedari dan menerima kenyataan bahawa apa yang bukan menjadi milik kita tidak perlu kita tangisi.
Ramai orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak punya satu hukum iaitu kita mesti berjaya, mesti bahagia atau yang lainnya.
Berapa ramai orang yang berjaya tetapi lupa bahawa segalanya adalah pemberian Allah yang Maha Pemurah sehingga kejayaan itu membuatnya sombong dan bertindak mengikut nafsunya. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan tenang dan sabar sedangkan dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita.
Apa yang memang menjadi hak kita di dunia, pasti akan Allah tunaikan.
Namun apa yang memang bukan milik kita, ia tidak akan mungkin kita miliki, walaupun ia mungkin telah menghampiri kita, walaupun kita telah bermati-matian mengusahakannya. Seorang mukmin tidak akan bersedih ketika ditimpa musibah, malapetaka, dan sebagainya. Tetapi dia bersyukur kepada Allah dan menjadikan musibah itu sebagai peringatan dari Allah terhadap dirinya.
Oleh itu, bila seorang mukmin merasa sedih ketika ditimpa musibah, maka dia bukan mukmin sejati.
Sebab, apa pun musibah yang menimpa seorang mukmin, selalu menguntungkan dirinya, sebagaimana sabda Rasulullah dalam sebuah hadis:
"Sungguh menakjubkan! Urusan orang mukmin selalu menjadi hal yang menguntungkan bagi dirinya. Dan yang demikian itu hanyalah dialami oleh seorang mukmin."
Seorang mukmin bila ditimpa kesusahan, dan dia mengingat Allah, dengan jalan itu itulah dia akan memperoleh jalan penyelesaian yang terbaik.
Dia tidak merasa tekanan batin dalam bentuk apapun, kerana penderitaan yang paling berat sekalipun, pasti ada jalan penyelesaiannya.
Seorang mukmin adalah selalu mengingati Allah dalam keadaan ditimpa penderitaan yang amat sangat sekalipun, baik dengan mengucapkan tasbih, takbir, istighfar, doa mahupun dengan membaca Al-Quran, sehingga membuat jiwanya bersih, bening, perasaannya tenang dan tenteram.
Rasulullah SAW pun bersabda: "Ingat akan Allah adalah penawar kalbu" diriwayatkan oleh Ad-Dailami oleh Anas.
Maka wahai jiwa yang sedang gundah berduka lara, dengarkan firman Allah SWT; "Boleh jadi kalian membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kalian. Dan boleh jadi kalian mencintai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kalian. Allah Maha Mengetahui kalian tidak mengetahui." (QS. Al-Baqarah 216)
Maka setelah ini wahai jiwa, jangan kau hanyut dalam dalam nestapa yang berpanjangan terhadap apa-apa yang terlepas dari genggamanmu, dari dakapanmu.
Kita lihat di sekeliling kita, kemudian cerminlah diri sendiri.
Andai kita tidak kenal siapa yang ada di dalam cermin itu, mulai hari ini ada baiknya kita mulakan mencari diri sendiri!
Manusia yang mulia adalah yang menyedari dengan sepenuh hati bahawa dia hanyalah hamba, benar-benar hamba, dalam pengertian hamba yang sebenar-benarnya, baik secara teori mahupun praktikal.
Dia hanya berfikir bagaimana memberikan yang terbaik bagi kehidupan ini, semata-mata mengharap cintaNya, keredhaanNya, dan lebih dari itu kerana dia mencintai Allah, terpesona kepada keindahan Maha Pencipta, mabuk kepayang dengan "kecantikan" Maha Pemurah.
Andai ternyata keinginannya tidak selari dengan keinginan Allah SWT, ternyata apa yang diharapkannya esok hari tidak menjadi nyata, malah yang terjadi adalah sesuatu yang sebaliknya, maka kita mesti tetap ikhlas!
Kita menerima semuanya dengan senyum yang mengembang, dengan redha yang tidak terhitung.
Hidupnya hanya untukNya.
DIAlah tujuan hidup, sebaik-baik tujuan hidup!
Sedang yang lainnya adalah wasilah, alat, bekal, modal untuk mencapai keredhaan Allah SWT. Maka, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu!
Kerana, ia memang bukan milikmu!
Maka, bersihkan hatimu, ikhlaslah.. redha dengan ketentuanNya.
Kerana, kita ini adalah sebenar-benar hamba!
Moga kita lebih kuat dan dekat kepadaNya.

Wednesday, January 16, 2008

Menghitung Hari~..heheh

Makin hari makin dekat..bile da dekat ni baru sedar yg aku takut sgt rupenyer..slame ni x kesah ape pon..skrg ni...org sekeliling akan tanye..bile?pastu..bile da tau date mule la ckp x lame lg je ni..arkghhh...kecut rase perut ni...heheh
sumer da hampir setel..ade sket2je la..yang remeh2tu la yg cerewetnyer..
last weekend g umah maria..canteknye dia...seri pengantin..tp malangnyer x sempat nk amek gamba sbb rushing ke umah mak teh(mk sedara abg)..xtau pon maria ade wat sanding..siap2da bgtau mak teh kul 1.30 sampai umah dia..bile jumpe maria br tau dia nk sanding..suruh tunggu..
tp nk wat caner..terpakse beransur gak la sbb ksian mak teh da tunggu..xde la gamba utk tatapan sume kwn yg x pegi..
g fitting..tmph bj nikah..update progress kad jemputan..wat ms ni sume on track..
pot pouri utk org sebelah je yg x siap lg..adusss...keje aku la tu...100 je lg...tu la yg liat nk abihkan pon..
64 days to go..pray for me huh???

Tuesday, January 8, 2008

cian ameen~

khamis lepas dapat tau yasmeen masuk wad sbb demam panas...tonsil pon bengkak..ksiannyer dia..lagi sayu bile dia call..."ma yah(pelat..xdpt sebut mak ngah)..amen masuk pital"..alaahai..lemah lutut dgr sore dia..
ape lagi..trus isi borang cuti..ape pon jd nk cuti gak..nak g tgk yasmeen...
sampai je hospital..tgk dia tgh tido..menonggeng plak tu...heheh..rupe nyer br lepas masukkn ubat..kbetulan ms sampai..nurse pon dtg nk masukkan antibiotik..ape lg..melalak la dia..mate pejam lg...nak tgelak pon ade tgk dia cmtu...
manje nye la si kenit nih...bile aku panggil br la tbukak luas mate dia..nampak je mak ngah dia nih..trus senyum...siap duduk lagi..
alaaahai...
cian anak mak ngah~
tp ape pon...bile nampak kamera...maintain..senyum aje..hehehe...